Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
KURSUS ASAS HAJI (KAH) TAHUN 1442 HIJRAH

‚Äč

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama berhasrat untuk mengadakan Kursus Asas Haji (KAH) Bagi Tahun 1442H / 2020M sebanyak 6 sesi sebagaimana keterangan berikut :

 

Tarikh :

 

27 September, 04, 11, 18, 25 Oktober, dan 01 November 2020M

 

Masa :

 

Bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi.

 

Tempat Kursus :

 

Daerah Brunei dan Muara

  • Masjid Sufri Bolkiah, Kampong Perpindahan Berakas
  • Masjid Muhammad Bolkiah, Kampong Serusop
  • Masjid Perpindahan Lambak Kanan, RPN Kampung Lambak Kanan
  • Masjid Hassanal Bolkiah, RPN Kampong Mentiri
  • Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, STKRJ Kampung Rimba
  • Masjid Sultan Sharif Ali, Kampong Sengkurong
  • Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong

Daerah Belait

  • Masjid Pekan Seria, Belait
  • Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait

Daerah Tutong

  • Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Daerah Temburong

  • Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar

 

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk mengikuti kursus tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di atas dengan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Hal Ehwal Masjid iaitu dengan menggunakan aplikasi 'BruHealth' dan mengimbas kod QR sebelum masuk ke tempat kursus, berwudhu dari rumah, membawa sejadah sendiri, telekung bagi perempuan, sungkup muka (face mask) dan mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) 1 meter apabila menghadiri kursus ini.

 

Peserta yang hadir hendaklah dalam keadaan sihat, mengambil pemeriksaan suhu badan serta mengelakkan dari bersalam-salaman dan hendaklah segera bersurai setelah kursus selesai.




Attachments
Created at 5/10/2020 3:09 PM by Zul Husni Bin Hj Dollah
Last modified at 5/10/2020 3:10 PM by Zul Husni Bin Hj Dollah