Jabatan
Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kini membukakan
Pendaftaran Haji kepada orang ramai bermula pada Sabtu, 10 November 2018
masihi / 2 Rabiulawal 1440 Hijrah, jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan
2.00 petang hingga 3.30 petang. Manakala tarikh tutup pendaftaran ialah
pada Sabtu, 9 Februari 2019M / 3 Jamadilakhir 1440H.
Sehubungan
itu, orang ramai yang berhasrat untuk mendaftar bolehlah mendapatkan
borang pendaftaran haji dengan harga BND2.00 pada tarikh yang tersebut
di atas di pusat-pusat pendaftaran :
1)
Unit Pendaftaran, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji,
Tingkat 2, Bangunan Tambahan, KHEU, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei
Darussalam; dan
2) Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Tutong dan Temburong.
Adalah dimaklumkan juga bahawa permohonan Pendaftaran Haji Tahun 1440H adalah diletakkan dalam senarai menunggu.