Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PERJUMPAAN BERSAMA SYARIKAT NOZOLY

‚ÄčMAKKAH, Sabtu, 3 Ogos 2019. - Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam dan Pengurus-Pengurus Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji dan Umrah telah mengadakan perjumpaan bersama Syarikat Nozoly pada jam 1:00 tengahari bertempat di Pejabat Syarikat Nozoly, Al Iskan District, Makkah Al Mukarramah.


Dalam perjumpaan tersebut pihak Syarikat Nozoly telah memberikan taklimat mengenai dengan  kemudahan-kemudahan dan menu sajian katering di Arafah dan Mina. Pihak Syarikat Nozoly akan  mengekalkan perkhidmatan (Arafah dan Mina) bagi jemaah haji Negara Brunei Darussalam sebagaimana  pada musim haji tahun lalu 1439 Hijrah.


Kedua-kedua belah pihak telah menandatangani Persetujuan  Perkhidmatan-Perkhidmatan & Menu Sajian Katering Bagi jemaah haji Negara Brunei Darussalam di Arafah dan Mina.

Attachments