Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENDAFTARAN HAJI 2019H/1440H KINI DIBUKAKAN SEHINGGA 09 FEBRUARI 2019

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kini membukakan Pendaftaran Haji kepada orang ramai bermula pada Sabtu, 10 November 2018 masihi / 2 Rabiulawal 1440 Hijrah, jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang. Manakala tarikh tutup pendaftaran ialah pada Sabtu, 9 Februari 2019M / 3 Jamadilakhir 1440H.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk mendaftar bolehlah mendapatkan borang pendaftaran haji dengan harga BND2.00 pada tarikh yang tersebut di atas di pusat-pusat pendaftaran :

1) Unit Pendaftaran, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan, KHEU, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam; dan

2) Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Adalah dimaklumkan juga bahawa permohonan Pendaftaran Haji Tahun 1440H adalah diletakkan dalam senarai menunggu.

Attachments