Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

TAZKIRAH IKTIBAR IBADAH UMRAH

MAKKAH, Ahad, 4 Ogos 2019. – Bakal jemaah haji perlu mengambil iktibar daripada ibadah umrah yang baharu saja dilaksanakan. Pengalaman tersebut boleh dijadikan pengajaran dalam membuat persediaan menjelang kemuncak ibadah haji iaitu Wukuf di Arafah. Perkara tersebut dikongsikan dalam Tazkirah Iktibar Ibadah Umrah bagi bakal jemaah haji yang mengikuti pakej haji syarikat Straits Central Agencies Sendirian Berhad.

Tazkirah SCA 1.jpg

Tazkirah disampaikan oleh Awang Muskrisman Safari bin Hj Mustapa, Guru Agama Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam. Beliau juga menyarankan kepada bakal jemaah haji untuk meningkatkan amal kebajikan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah. Ini termasuklah berpuasa, bersedekah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan sebagainya. Tazkirah berlangsung di Hotel Marwa Raihan, Makkah Al-Mukarramah.

Sementara itu pada sebelah petang, bagi meningkatkan lagi kefahaman mengenai manasik haji, Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sendirian Berhad telah mengadakan Bimbingan Manasik Haji bagi bakal jemaah haji yang mengikuti pakej haji syarikat tersebut, bertempat di tingkat 17 Hotel Hyatt, Makkah.

Tazkirah Taqwa.jpg

Tazkirah Taqwa 3.jpg

Bimbingan telah disampaikan oleh Ustaz Muskrisman Safari bin Haji Mustapa, Guru Ugama Pejabat Urusan Jemaah Haji Pentadbiran.

Tazkirah Taqwa 2.jpg

Attachments