Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

LAWATAN PEGAWAI PEJABAT URUSAN JEMAAH HAJI

MAKKAH, Selasa, 6 Ogos 2019. - Rombongan pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam membuat lawatan ke dua buah hotel yang menempatkan jemaah haji yang mengikuti pakej haji syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad di kota suci Makkah. Rombongan diketuai oleh Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad, Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam.

Lawatan DHSB 1.jpg

Lawatan DHSB.jpg

Mula-mula, rombongan mengadakan lawatan ke Hotel Le Meridien yang menempatkan bakal jemaah haji bagi pakej Safira dan seterusnya melawat ke Hotel Dar Al Ghufran yang menempatkan bakal jemaah haji bagi pakej Delima. Semasa lawatan ini, rombongan berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan bakal jemaah haji bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan mereka dari semasa ke semasa.

Lawatan DHSB 2.jpg

Attachments