Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KETIBAAN ROMBONGAN (ADVANCE PARTY) PEGAWAI PEJABAT URUSAN JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS, Rabu, 28hb Ogos 2019 Seramai 13 orang pegawai (Rombongan Advance Party) terdiri daripada 5 orang Pegawai Haji Pentadbiran dan 8 orang Pegawai Haji Perubatan, Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam telah selamat tiba pada jam 6.24 petang dengan menaiki pesawat Penerbangan Diraja Brunei BI 008. 

Rombongan diketuai oleh Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad, Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji (Pentadbiran), Negara Brunei Darussalam.

Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Abdul Manaf bin Othman; Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif; Timbalan Setiausaha Tetap (Professional) Kementerian Kesihatan, dan Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan.

Bacaan doa dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Matudin bin Haji Tahir Pegawai Pelajaran Ugama di Jabatan Urusan Haji dan Yang Mulia Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa, Guru Ugama Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam.

Attachments