Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

POSTMORTEM PEGAWAI-PEGAWAI PEJABAT URUSAN JEMAAH HAJI PENTADBIRAN DAN PERUBATAN BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1440H/2019M

​BERAKAS, Khamis, 3hb Oktober 2019 - Jabatan Urusan Haji telah mengadakan postmortem pegawai-pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Pentadbiran dan Perubatan bagi musim haji tahun 1440H/2019M di Bilik Kuliah 2, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Postmortem antara lain bertujuan membuat penilaian terhadap pengurusan dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji semasa berada di Tanah Suci. Berbagai isu dan cabaran-cabaran sepanjang pengurusan musim haji yang lalu dikenalpasti dan langkah-langkah penambahbaikan serta meningkatkan mutu perkhidmatan dapat dirancang dengan lebih kemas dan teratur.

Postmortem Pentadbiran.jpg

Postmortem dipengerusikan oleh Yang Mulia, Ustaz Haji Abdullah bin Haji Mohamad, Pemangku Pengarah Urusan Haji selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Pentadbiran Negara Brunei Darussalam bagi musim haji tahun 1440H/2019M. Turut hadir bersama ialah Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Perubatan, Pegawai-Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Pentadbiran dan Perubatan serta pegawai-pegawai dari Jabatan Urusan Haji.

Postmortem Pentadbiran 2.jpg

Pada tahun 1440H/2019M ini, pengurusan haji di Tanah Suci masih mengekalkan kecemerlangannya sehingga jemaah haji negara dapat menyempurnakan ibadat haji dengan selesa dan lancar.

Attachments