BERAKAS, Khamis,
21 November 2019M – Seramai dua (2) orang peserta Negara Brunei
Darussalam telah berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia pagi tadi bagi menghadiri
jemputan Persidangan Nadwah Urusan Haji Asia Tenggara (NUHAT) yang akan
diadakan pada 21 November 2019 dan seterusnya Muzakarah Haji Peringkat
Kebangsaan Ke-36 yang akan diadakan pada
22 dan 23 November 2019 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul
Ehsan, Malaysia.
Dua (2) orang
wakil Kementerian Hal Ehwal Ugama yang akan menghadiri jemputan tersebut ialah
Awang Haji Abdul Rahman bin Matzin, Pemangku Penolong Pengarah Urusan Haji dan
Awang Haji Mohd Hisham bin Awang Haji Maidin, Pegawai Pelajaran Ugama.
Turut diundang ke
acara tahunan peringkat antarabangsa tersebut ialah wakil-wakil negara-negara
serantau seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja.
Tema acara
Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-36 Musim Haji 1441H yang akan diadakan
di Selangor Darul Ehsan, Malaysia bagi tahun ini ialah “Memperkukuh
Kemabruran Ibadat Haji”. Lima tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan
sepanjang muzakarah tersebut ialah “Fiqh Pesakit Dalam Ibadat Haji”, “Hukum
Tawaf Wada’ Ziarah Taif dan Solat Berimamkan Masjidil Haram di Anjung Tinjau
Menara Jam”, “Permasalahan Hukum Dalam Masa Ibadat Haji 1440H”, “Pandangan
Dari Segi Istitho’ah (Kemampuan menunaikan Haji) bagi warga lanjut usia”
dan “Memperkukuh Akidah Dan Kerohanian Dalam Ibadat Haji”.