Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

PENDAFTARAN HAJI TAHUN 1441 HIJRAH

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa pendaftaran haji 1441H akan bermula pada hari Sabtu, 5 Rabiulawal 1441H bersamaan 2 November 2019M, jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan sebelah petang jam 2.00 petang hingga 3.30 petang. Manakala tarikh tutup pendaftaran pada hari Sabtu, 07 Jamadilakhir 1441H bersamaan 01 Februari 2020M iaitu pada hari-hari bekerja.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk mendaftar bolehlah mendapatkan borang pendaftaran dengan harga $2.00 (Dua Ringgit) pada tarikh yang tersebut di atas di pusat-pusat pendaftaran seperti berikut:

1.         Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

2.         Pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah Belait, Tutong dan Temburong

Adalah dimaklumkan juga bahawa pemohon yang mendaftar haji tahun 1441H adalah diletakkan dalam senarai menunggu.

SYARAT - SYARAT PENDAFTARAN HAJI TAHUN 1441 HIJRAH / 2020 MASIHI

Attachments