Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

PENERIMAAN BORANG PENGESAHAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN 1443H/2022M

‚ÄčKepada Yang Berkenaan:


PENERIMAAN BORANG PENGESAHAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN 1443H/2022M

Dengan hormat merujuk Siaran Akhbar, Kementerian Kesihatan bilangan KK/PR/2 bertarikh 27 Zulhijjah 1442H bersamaan 7 Ogos 2021M mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 Di Negara Brunei Darussalam 27 Zulhijjah 1442H bersamaan 7 Ogos 2021M berhubung perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Penerimaan Borang Pengesahan Menunaikan Fardhu Haji Tahun 1443H/ 2022M adalah masih diteruskan sehingga tarikh akhir 25 Ogos 2021.

Walau bagaimanapun penerimaannya hanyalah melalui :

Sistem Drop Box sahaja.

Iaitu sepertimana berikut:

  1. Bertempat di Ruang Legar,
    Dewan Multaqa,
    Aras Bawah Bangunan Tambahan,
    Kementerian Hal Ehwal Ugama.

  2. Sila pastikan:

    - Borang telah lengkap diisikan.

    - Masukkan borang ke dalam kotak yang disediakan.

    - Isikan Buku Log Penghantaran Borang Pengesahan Menunaikan Fardhu Haji Tahun 1443H/2022M dengan lengkap.

Sekian untuk makluman, Terima kasih.


Attachments